Home
Open Creative

Blender Quotes

“ Blender is a full functional integrated 3D creation software suite. It lets users create high quality 3D graphics, movies and interactive 3D content ”

edtechreview.com 

 
 
 
 

Training Menu

3D @ Your Place

Polls

Are you interested in learning blender?
 
Blenderart Magazine isu 15
Written by Administrator   

Image
Blenderart Isu 15: animation
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan majalah blender isu 15 di blenderart.org . Majalah blenderart kali ini membawa topik berkenaan dengan animasi. isu kali ini banyak mengetengahkan asas-asas membuat animasi terutamanya animasi karekter.

Antara isu kandungan yang menarik untuk tatapan para pengguna blender adalah Hero’s Blender Animations, Einstein Dwarf, Product Modeling: SDS and Details, Acting for Animation, Facial Expressions in Stupidus dan banyak lagi. Bagi mereka yang ketinggalan dengan isu-isu majalah blenderart yang lama, anda masih lagi boleh memuat turun dari laman blenderart.org.

 
Blender 2.46 release !!!
Written by Administrator   

Image
Blender 2.46
Berita baik bagi para pengguna blender, versi terbaru 2.46 boleh dimuat turun dari laman blender.org . Perisian blender versi terbaru ini menyokong penggunaan : new particle system with hair and fur combing tools, fast and optimal fur rendering, a mesh deformation system for advanced character rigging, cloth simulation, fast Ambient Occlusion, and a new Image browser.

Semua senarai ciri-ciri yang terdapat di dalam versi yang terbaru dapat diakses di laman web blender.org : sila klik disini

 
Peach Open Movie: Big Buck Bunny
Written by Administrator   

Image
peach open movie
Big Buck Bunny merupakan filem animasi kedua yang dibuat sepenuhnya oleh Blender Institute di bawah Peach Project dengan menggunakan perisian blender. Tayangan perdana bagi filem ini akan dibuat pada 10 april 2008 bertempat di Studio/K amsterdam di taja oleh creative commons netherlands.

Sebelum ini blender institute ada mengeluarkan filem animasi pertama yang dibuat sepenuhnya dengan menggunakan perisian blender bertajuk "Elephants Dreams". Big buck bunny dan elephants dreams menggunakan pendekatan open movie dimana filem yang dihasilkan adalah percuma dan dibuat dengan menggunakan perisian sumber terbuka seperti blender. Sila klik link dibawah untuk melihat trailer dan untuk ke weblink peach open movie dan elephants dreams.

 

 
The Essential Blender
Written by Administrator   

Image
the essential blender
The Essential Blender merupakan buku terbaru dari blender foundation, pihak openkreatif ingin mencadangkan kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari blender, buku ini merupakan bahan rujukan terbaik untuk anda. Buku ini merangkumi semua topik meliputi modeling, material and texturing, character animation dan rendering.

Jika anda mencari bahan rujukan mengenai blender untuk memperkuatkan asas dan teknik anda mengenai perisian blender 3D, maka buku ini merupakan pilihan yang terbaik. Bagi pihak openkreatif, buku ini mengandungi semua maklumat yang perlu untuk anda memulakan langkah dalam penggunaan perisian blender 3D.

Sebelum ini Buku Essential Blender hanya boleh dibeli secara online sahaja dari blender.org,pihak openkreatif telah membeli buku ini secara online tetapi baru-baru ini pihak openkreatif ada menemui buku ini dijual di kedai-kedai buku terpilih seperti MPH dan kinokuniya  dalam jumlah yang begitu sedikit.

 chapter 6: character animation : sila klik di sini

 
Blenderart Magazine isu 14 - Jan 08
Written by Administrator   

Sudahkan anda membaca majalah blendeart terbaru isu 14 daripada blenderart.com?

Image
http://blenderart.org
Jika belum anda perlu mendapatkan majalah tersebut di www.blenderart.org/issues . Majalah Blenderart kali ini menyentuh beberapa topik mengenai kartun dan juga persekitaran game (game environment) di dalam blender.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat game menggunakan blender, jangan lupa untuk mendapatkan majalah tersebut secara percuma dengan memuat turun dari laman berkenaan.

Antara topik-topik lain yang menarik di dalam majalah ini adalah tutorial untuk membuat seekor labah-labah kartun , membuat low poly character , mempelajari apa itu blender game engine dan banyak lagi. Blenderart magazine merupakan salah satu sumber bahan bacaan yang amat bagus bagi mereka yang meminati bidang animasi 3D.

Untuk mendapatkan majalah tersebut sila klik di sini 

p/s: blenderart mag adalah dalam bentuk pdf, sila dapatkan perisian adobe acrobat reader utk membacanya :) 

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 6 of 11

© 2008 Open Creative
.